Berita Serpihan pesawat awam Sukhoi ditemui di lereng Gunung Salak

Posted on
  • by
  • in
  • Label:
  • Serpihan pesawat awam Sukhoi ditemui di lereng Gunung Salak


    2012/05/10

    JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menemui serpihan pesawat awam Sukhoi Superjet-100, yang dilaporkan hilang petang semalam bersama 50 penumpangnya.

    Bagaimanapun, nasib penumpang itu masih belum diketahui.
    Serpihan pesawat itu dikesan dari helikopter di kawasan Gunung Salak, kata Ketua Penyelaras Pusat Operasi Utama di Taman Nasional Gunung Halimun Salak, Ketut Purwa.
    Pengesahan mengenai penemuan itu disampaikan oleh pasukan penyelamat yang meninjau dari sebuah helikopter Super Puma bahawa mereka telah melihat secara fizikal serpihan itu dari ketinggian 2,500 kaki.

    Helikopter milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Udara (AU) itu dikerah untuk membantu mencari pesawat Shukoi yang hilang itu di kawasan Gunung Salak itu.

    Sementara itu, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dalam kenyataan akhbar di Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma di Jakarta, meminta pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan rapi terhadap kejadian itu untuk mengetahui puncanya.

    Beliau telah meminta pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi itu supaya mengutamakan usaha menyelamat para penumpang.
    Presiden Indonesia mengarahkan Ketua Badan SAR Nasional (Basarnas), Marshal Madya Daryatmo supaya mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan penumpang dalam operasi mereka.

    Usaha pencarian dibuat melalui darat dan udara dengan menggunakan empat helikopter, Daryatmo.

    Beliau berkata, pihaknya masih belum dapat memastikan sebab hilangnya pesawat Sukhoi itu.

    Ketua Jawatankuasa Nasional Keselamatan Pengangkutan (KNKT), Tatang Kurnadi berharap pasukan penyelamat dari Basarnas dapat menemui "kotak hitam" dari bangkai pesawat itu. - BERNAMA


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...